Posts

Showing posts from March, 2007

Sujud Sahwi

Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan apabila terlupa atau tertinggal sunat Ab'ad dengan sengaja. Ada pun jikalau tertinggal salah satu rukun solat, maka tidak boleh digantikan dengan sujud sahwi. Jika teringat semasa di dalam solat, maka wajib melakukan rukun yang terlupa dan kemudian sujud sahwi sebelum salam kerana bertambah perbuatan. Jika teringat selepas salam tetapi tidak berapa lama, lebih kurang 1/2 minit, maka berdiri sambil mengadap kiblat, masuk kembali ke dalam solat dan lakukan perkara yang tertinggal sehingga salam, dan sebelum memberi salam, sujud sahwi. Bagi sunat Ab'ad, jika terlupa atau tertinggal, sunat dikerjakan sujud sahwi. Begitu juga jika ragu-ragu misalnya ragu sudahkah membaca qunut pada rakaat yang kedua solat subuh atau belum, maka sunat sujud sahwi. Sunat-sunat Ab'ad itu ialah: 1. Membaca tasyahud awal. 2. Selawat atas Nabi dan keluarganya pada tasyahud awal. 3. Duduk tasyahud awal. 4. Membaca doa qunut pada solat subuh. 5. Membaca salawat ke